Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Berbengkung

Kebaikan berbengkung semasa berpantang : Membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada peha dan punggung. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Bengkung baik untuk menyokong tulang belakang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya. Bengkung juga boleh menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung. Seeloknya menggunakan bengkung yang mempunyai diameter panjang daripada paras bawah payudara sehingga ke bawah pinggang untuk memberi sokongan yang kukuh pada rahim serta membataskan pergerakan anda. Pemakainan bengkung bermula pada hari keempat sehingga habis tempoh berpantang. Untuk mendapatkan kesan maksimum pakai krim slimming atau rempah barut sebelum berbengkung. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pula bengkung dipakai  14 hari selepas bersalin. Anda...