Kaki adalah anggota yang penting untuk kita berjalan sejauh mana yang kita suka. Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan 4 kali pusingan dunia seumur hidupnya. Tetapi apabila berlakunya ketidakselesaaan pada kaki membuatkan perjalanan kita terbatas. Antara faktor yang menyebabkan ketidakselesaan pada kaki ialah obesiti, ibu mengandung, pekerjaan yang memerlukan berdiri lebih lama, pelari jarak jauh dan juga pemakaian kasut yang sempit atau tidak sesuai dengan bentuk kaki akan mengakibatkan tekanan pada kaki. Rawatan yang disediakan bagi merawat ketidakselesaaan kaki ialah:
- Rendaman kaki
Keadaaan yang terbaik bagi badan seseorang manusia ialah apabila kepala sejuk dan kaki panas. Oleh itu, rendaman kaki adalah penting untuk memastikan kepanasan tersebut. Ini akan menjadikan darah yang tersumbat di bahagian tumit kaki yang disebabkan "Sindrom Sejuk Badan" akan beredar semula. Ia akan meningkatkan peredaran darah melalui organ-organ dan akan memperbaiki fungsi mereka serta membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan. Manfaat dari rendaman kaki dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menghilangkan kulit mati di bahagian telapak kaki seterusnya memberikan kesegaran kulit pada bahagian kaki. Merendam kaki di malam hari dapat memperkuatkan ginjal dan juga memberikan kesan tidur yang nyenyak, seelok-eloknya dilakukan sekitar pukul 9 malam. Manakala rendaman kaki pada waktu pagi dapat menghasilkan energi dan stamina untuk memulakan aktiviti harian. Dengan merendam kaki selama 20-30 minit dipagi hari, dapat membantu sistem saraf dan sistem endokrin.
(*Terapi rendaman kaki amat bagus bagi melegakan sakit kaki tetapi tidak sesuai diamalkan oleh pesakit jantung kronik dan tekanan darah rendah yang boleh menyebabkan mereka pengsan ketika merendam kaki. Selain itu, pesakit diabetes juga tidak digalakkan melakukan terapi ini kerana kulit mereka mudah melecur akibat air hangat tersebut.)
- Refleksologi
Rawatan refleksologi membantu seseorang mencapai tahap kesihatan yang lebih baik kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Kesakitan yang dirasai ketika diurut di bahagian tapak kaki merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda. Rawatan ini dapat melancarkan perjalanan darah yang tersumbat ke seluruh anggota badan. Ianya sesuai bagi semua peringkat umur dan dapat meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Digalakkan minum banyak air selepas sesi urutan bagi memudahkan pengeluaran toksin yang terkumpul dalam badan.
Kelebihan refleksologi
> Melancarkan pengaliran darah
> Meningkatkan daya tahan tubuh
> Mengurangkan risiko tulang reput
> Menyeimbangkan kedudukan badan
> Melancarkan pergerakan
> Menguatkan otot kaki
> Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
> Menguatkan tulang dan pinggul
> Mengurangkan risiko sakit sendi
> Mengurangkan rasa letih
> Mengelakkan risiko sembelit
> Memulihkan masalah usus
> Memperbetulkan masalah pada bahagian peranakan


Comments
Post a Comment