
Tungku hot water bag sesuai digunakan di bahagian belakang badan tetapi tidak digalakkan pada dibahagian perut. Untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal, tungku yang paling sesuai digunakan ialah tungku batu sungai atau tungku besi.
Faedah bertungku:
- Menghangatkan badan ibu selepas bersalin.
- Membuang angin di dalam perut serta anggota badan, lemak air dan darah kotor.
- Melancarkan perjalanan darah bagi membantu masalah kebas anggota badan.
- Membantu mengempiskan perut.
- Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
- Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ke tempat asal.
- Mmepercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
- Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta otot yang tegang atau sakit.
- Menghilangkan bisa-bisa di tapak kaki dan badan.
- Menaikkan seri wajah dan menghilangkan stress.
Comments
Post a Comment