Skip to main content

Lulur/Skrub Badan

Skrub membantu menanggalkan sel kulit mati dan daki degil termasuk dicelah pelipat tubuh. Selain itu, skrub boleh melambatkan proses penuaan dan mengelakkan kulit kering serta bersisik. Skrub juga boleh mengekalkan kulit harum dan segar. Disyorkan supaya kerap melulur badan sebagai rutin penjagaan kulit agar kulit kekal cantik dan bermaya.


Gambar hiasan


Kebaikan mengamalkan lulur badan:
  • Menghaluskan tekstur kulit
  • Menggebukan kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Memudarkan kesan parut
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Menanggalkan daki
  • Masalah jerawat badan
  • Memelihara keanjalan kulit
  • Terapi membelai tubuh
  • Mengurangkan bau badan
Kulit manusia terdapat beberapa lapisan. Oleh itu, ketika mandi kotoran yang melekat tidak dapat dibersihkan hanya dengan menggunakan sabun ketika mandi terutama di bahagian tertentu.

Untuk membersihkannya, Zeeda Postnatal menggunakan Skrub Walnut Lavender yang membantu membersihkan serta menanggalkan sel kulit mati dan kotoran.

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Kaki

Kaki adalah anggota yang penting untuk kita berjalan sejauh mana yang kita suka. Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan 4 kali pusingan dunia seumur hidupnya. Tetapi apabila berlakunya ketidakselesaaan pada kaki membuatkan perjalanan kita terbatas. Antara faktor yang menyebabkan ketidakselesaan pada kaki ialah obesiti, ibu mengandung, pekerjaan yang memerlukan berdiri lebih lama, pelari jarak jauh dan juga pemakaian kasut yang sempit atau tidak sesuai dengan bentuk kaki akan mengakibatkan tekanan pada kaki. Rawatan yang disediakan bagi merawat ketidakselesaaan kaki ialah:  Rendaman kaki Keadaaan yang terbaik bagi badan seseorang manusia ialah apabila kepala sejuk dan kaki panas. Oleh itu, rendaman kaki adalah penting untuk memastikan kepanasan tersebut. Ini akan menjadikan darah yang tersumbat di bahagian tumit kaki yang disebabkan "Sindrom Sejuk Badan" akan beredar semula. Ia akan meningkatkan peredaran darah melalui organ-organ dan akan memperbaiki f...

Bertungku

Proses bertungku dilakukan semasa berbaring dan tungku ditekan sekitar pangkal peha, ari-ari, perut (bawah buah dada), tapak kaki & tumit. Tungku ada berbagai jenis iaitu tungku besi, tungku batu batu sungai dan tungku moden. Ibu bersalin digalakkan menggunakan tungku batu sungai.  Tungku hot water bag  sesuai digunakan di bahagian belakang badan tetapi tidak digalakkan pada dibahagian perut. Untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal, tungku yang paling sesuai digunakan ialah tungku batu sungai atau tungku besi. Faedah bertungku: Menghangatkan badan ibu selepas bersalin. Membuang angin di dalam perut serta anggota badan, lemak air dan darah kotor. Melancarkan perjalanan darah bagi membantu masalah kebas anggota badan. Membantu mengempiskan perut. Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ke tempat asal. Mmepercepatkan keringnya darah nifas dengan...

Berbengkung

Kebaikan berbengkung semasa berpantang : Membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada peha dan punggung. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Bengkung baik untuk menyokong tulang belakang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya. Bengkung juga boleh menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung. Seeloknya menggunakan bengkung yang mempunyai diameter panjang daripada paras bawah payudara sehingga ke bawah pinggang untuk memberi sokongan yang kukuh pada rahim serta membataskan pergerakan anda. Pemakainan bengkung bermula pada hari keempat sehingga habis tempoh berpantang. Untuk mendapatkan kesan maksimum pakai krim slimming atau rempah barut sebelum berbengkung. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pula bengkung dipakai  14 hari selepas bersalin. Anda...