Proses bertungku dilakukan semasa berbaring dan tungku ditekan sekitar pangkal peha, ari-ari, perut (bawah buah dada), tapak kaki & tumit. Tungku ada berbagai jenis iaitu tungku besi, tungku batu batu sungai dan tungku moden. Ibu bersalin digalakkan menggunakan tungku batu sungai. Tungku hot water bag sesuai digunakan di bahagian belakang badan tetapi tidak digalakkan pada dibahagian perut. Untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal, tungku yang paling sesuai digunakan ialah tungku batu sungai atau tungku besi. Faedah bertungku: Menghangatkan badan ibu selepas bersalin. Membuang angin di dalam perut serta anggota badan, lemak air dan darah kotor. Melancarkan perjalanan darah bagi membantu masalah kebas anggota badan. Membantu mengempiskan perut. Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ke tempat asal. Mmepercepatkan keringnya darah nifas dengan...
Kebaikan berbengkung semasa berpantang : Membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada peha dan punggung. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Bengkung baik untuk menyokong tulang belakang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya. Bengkung juga boleh menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung. Seeloknya menggunakan bengkung yang mempunyai diameter panjang daripada paras bawah payudara sehingga ke bawah pinggang untuk memberi sokongan yang kukuh pada rahim serta membataskan pergerakan anda. Pemakainan bengkung bermula pada hari keempat sehingga habis tempoh berpantang. Untuk mendapatkan kesan maksimum pakai krim slimming atau rempah barut sebelum berbengkung. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pula bengkung dipakai 14 hari selepas bersalin. Anda...